hai semua. okey disini saya nak cerita serba sedikit tentang sek men keb agama wataniah, besut .... yang pertama nak cerita tentang lambang sekolah, visi dan misi sekolah dan hala tuju sekolah
Lambang dan Bendera Sekolah..

Bendera SMKA Wataniah
- Bendera ini mempunyai dua jalur melintang, daripada penjuru bawah kiri ke penjuru atas kanan.
- Lencana sekolah berada di penjuru kiri bahagian atas jalur.
- Warna hijau melambangkan agama Islam teras kepada amalan pendidikan di sekolah ini.
- Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian dan keluhuran.

Lencana SMKA Wataniah
- Warna hijau melambangkan agama Islam teras kepada amalan pendidikan di sekolah ini.
- Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian dan keluhuran.
- Warna kuning melambangkan sistem pemerintahan beraja.
- Warna merah dan hitam melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan tanah air.
- Bulan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
- Obor yang menyala melambangkan sekolah ini sentiasa memberi petunjuk dan bimbingan sebagai penyuluh hidup.
- Pen dan buku melambangkan membaca dan menulis adalah asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Segulung ijazah merupakan lambang kejayaan dan kecemerlangan.
Visi dan Misi Sekolah
VISI
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
FALSAFAH
Usaha yang terancang dan terkawal secara berterusan berteraskan Ilmu, Iman dan Taqwa bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan, bersahsiah unggul dan berinovasi ke arah pembinaan ummah terbilang.
Hala Tuju Sekolah
NILAI
Taat kepada Allah dan Rasul
Berkasih sayang sesama insan dan istiqomah dalam melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab
MOTO
Al-ilmu Asasul Ula
(Ilmu Asas Ketinggian)
SLOGAN
SMKAWA A’ala, Gemilang dan Terbilang
KEBITARAAN
Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah
Sepak Takraw
Qasidah
Pantun
okey, sampai disini saya bercerita tentang SMKA Wataniah, esok saya akan bercerita tentang hal ehwal sekolah, sampai di sini sahaja,,
assalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment