Friday 14 March 2014

pantun

assalamualaikum...

luasnya alam ciptaaan tuhan
indah terdampar tiada terperi
laman sesawang jadi pilihan
ilmu tersedia di hujung jari

mari membeli si ikan selar
usah terbeli si ikan pari
maruah diri tidak tercalar
jika ilmu memagar diri

mengkuang dianyam manjadi saji
jadi hiasan di ruang tamu
merendah diri sifat terpuji
jadi amalan insan berilmu

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE

 Assalamualaikum.....
     
        Unit ITC yang dikendalikan oleh Puan Zurinawati Hamzah telah mengadakan majlis pelancran FROG VLE peringkat sekolah pada 26 Januari 2014 yang lalu.Bertempoat di dewan HAJI ABDUL LATIF SMKAWA, majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mahusin bin Haji Mamat, PPD Besut.

        Program FROG VLE ini adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi PdP, kolaborasi dapat dilakukan melalui persekitaran pembelajaran maya yang berasakan 'cloud'.

        Langkah memperkenalkan FROG VLE kepada warga SMKAWA memperlihatakan program ini adalah satu titik peralihan dalam PdP sekolah di mana segala urusan berkaitan akan digunapakai sepenuhnya menggunakan FROG VLE.

         Seramai 10 orang Frog Champion  Students telah dilantik secara rasminya untuk membantu melancarkan penggunaan FROG VLE ini. di samping itu, penyampian hadiah bagi Site guru menarik dimenagi oleh Puan Hajah Akma Ibrahim dan Dashboard Murid Terbaik dimenangi oleh Anas Abdul Ghani, muid tingkatan  2. 

         Sekian sahaja dari saya, assalamualaikum.. 

SOLEH PINTAR, INSAN TERDIDIK, SMKAWA TERBILANG

ASSALAMUALAIKUM....

    Baru-baru ini SMKA Wataniah telah menjalankan satu program iaitu program "SOLEH PINTAR, INSAN TERDIDIK, SMKAWA TERBILANG". Program ini dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pempelajaran para pelajar. Program "SOLEH PINTAR" ini dimulakan pada tahun ini. SOLEH PINTAR menjadi cogan kata utama bagi para pelajar mulai tahun ini. ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang bukan sahaja soleh dalam hal agama tapi juga pintar dalam hal pengajian.

    Program ini dirasmikan oleh pengetua SMKAWA, Ustaz Mohd Yusof bin Rahim bertempat didewan besar Haji Abdul Latif. Program ini dibawah pengedalian Badan Dakhwah dan Rohani (BADANI) yang dipimpin oleh Ustazah Rohana, guru penolong kanan pendidikan islam dan bahasa arab (PIBA).

   Melalui program ini, para pelajar dikehendaki untuk mencipta slogan kata bagi setipa kelas masing-masing yang berlandaskan program soleh pintar. Para pelajar juga lebih berfikiran positif dan inovatif. Diharapakan bahawa PROGRAM SOLEH PINTAR ini dapat diteruskan pada masa akan datang...

sekian.terima kasih, assalamualaikum....

COSMO 2014

   
         Pada bulan Februari lepas, SMKA Wataniah telah mengadakan satu kem motivasi, CAMP ISLAMIC OF MOTIVATION (COSMO'14) kepada pelajar tingkatan 2. Program itu dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah (UBK), guru penyelaras tingkatan 2 dan guru-guru matapelajar tingkatan 2. Program itu dijalankan selama 3 hari 2 malam dan para pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama sekolah. Para fasilitator dijemput khas dari  Akdemi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang dihadiri seramai 14 orang fasi lelaki dan 16 orang fasi perempuan. Para pelajar tingkatan 2 yang menyertai program itu seramai 165 orang.

         Kem itu diadakan untuk membentuk personaliti pelajar yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia serta menerapkan nilai ukhwah yang tinggi kepada para pelajar dalam memboina semangat Islam di kalangan pelajar. Para pelajar juga diberikan penjelasan tentang ibadah yang sihat, melahirkan pelajar yang memahami dan mengamalkan Islam secara syumul dan membina kareket kepimpinann yang tinggi dan berkualiti. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya ialah graf kehidupan, membina panji kumpulan, perang lilin, membina menara paku, explore dan pelbagai lagi.

         Semoga program seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan.Terima kasih kepada pihak APIUM kerana memilih SMKAWA untuk menjalankan kem ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak UBK sekolah dan guru-guru di atas pengorbanan kalian semua dan para pelajar tingkatan 2 secara langsung atau tidak langsung . Semoga Allah swt merahamati kalian semua. Sekian sahaja di sini, assalamualaikum...