Friday 14 March 2014

pantun

assalamualaikum...

luasnya alam ciptaaan tuhan
indah terdampar tiada terperi
laman sesawang jadi pilihan
ilmu tersedia di hujung jari

mari membeli si ikan selar
usah terbeli si ikan pari
maruah diri tidak tercalar
jika ilmu memagar diri

mengkuang dianyam manjadi saji
jadi hiasan di ruang tamu
merendah diri sifat terpuji
jadi amalan insan berilmu

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE

 Assalamualaikum.....
     
        Unit ITC yang dikendalikan oleh Puan Zurinawati Hamzah telah mengadakan majlis pelancran FROG VLE peringkat sekolah pada 26 Januari 2014 yang lalu.Bertempoat di dewan HAJI ABDUL LATIF SMKAWA, majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mahusin bin Haji Mamat, PPD Besut.

        Program FROG VLE ini adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi PdP, kolaborasi dapat dilakukan melalui persekitaran pembelajaran maya yang berasakan 'cloud'.

        Langkah memperkenalkan FROG VLE kepada warga SMKAWA memperlihatakan program ini adalah satu titik peralihan dalam PdP sekolah di mana segala urusan berkaitan akan digunapakai sepenuhnya menggunakan FROG VLE.

         Seramai 10 orang Frog Champion  Students telah dilantik secara rasminya untuk membantu melancarkan penggunaan FROG VLE ini. di samping itu, penyampian hadiah bagi Site guru menarik dimenagi oleh Puan Hajah Akma Ibrahim dan Dashboard Murid Terbaik dimenangi oleh Anas Abdul Ghani, muid tingkatan  2. 

         Sekian sahaja dari saya, assalamualaikum.. 

SOLEH PINTAR, INSAN TERDIDIK, SMKAWA TERBILANG

ASSALAMUALAIKUM....

    Baru-baru ini SMKA Wataniah telah menjalankan satu program iaitu program "SOLEH PINTAR, INSAN TERDIDIK, SMKAWA TERBILANG". Program ini dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pempelajaran para pelajar. Program "SOLEH PINTAR" ini dimulakan pada tahun ini. SOLEH PINTAR menjadi cogan kata utama bagi para pelajar mulai tahun ini. ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang bukan sahaja soleh dalam hal agama tapi juga pintar dalam hal pengajian.

    Program ini dirasmikan oleh pengetua SMKAWA, Ustaz Mohd Yusof bin Rahim bertempat didewan besar Haji Abdul Latif. Program ini dibawah pengedalian Badan Dakhwah dan Rohani (BADANI) yang dipimpin oleh Ustazah Rohana, guru penolong kanan pendidikan islam dan bahasa arab (PIBA).

   Melalui program ini, para pelajar dikehendaki untuk mencipta slogan kata bagi setipa kelas masing-masing yang berlandaskan program soleh pintar. Para pelajar juga lebih berfikiran positif dan inovatif. Diharapakan bahawa PROGRAM SOLEH PINTAR ini dapat diteruskan pada masa akan datang...

sekian.terima kasih, assalamualaikum....

COSMO 2014

   
         Pada bulan Februari lepas, SMKA Wataniah telah mengadakan satu kem motivasi, CAMP ISLAMIC OF MOTIVATION (COSMO'14) kepada pelajar tingkatan 2. Program itu dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah (UBK), guru penyelaras tingkatan 2 dan guru-guru matapelajar tingkatan 2. Program itu dijalankan selama 3 hari 2 malam dan para pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama sekolah. Para fasilitator dijemput khas dari  Akdemi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang dihadiri seramai 14 orang fasi lelaki dan 16 orang fasi perempuan. Para pelajar tingkatan 2 yang menyertai program itu seramai 165 orang.

         Kem itu diadakan untuk membentuk personaliti pelajar yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia serta menerapkan nilai ukhwah yang tinggi kepada para pelajar dalam memboina semangat Islam di kalangan pelajar. Para pelajar juga diberikan penjelasan tentang ibadah yang sihat, melahirkan pelajar yang memahami dan mengamalkan Islam secara syumul dan membina kareket kepimpinann yang tinggi dan berkualiti. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya ialah graf kehidupan, membina panji kumpulan, perang lilin, membina menara paku, explore dan pelbagai lagi.

         Semoga program seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan.Terima kasih kepada pihak APIUM kerana memilih SMKAWA untuk menjalankan kem ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak UBK sekolah dan guru-guru di atas pengorbanan kalian semua dan para pelajar tingkatan 2 secara langsung atau tidak langsung . Semoga Allah swt merahamati kalian semua. Sekian sahaja di sini, assalamualaikum...

Friday 21 February 2014

Kejohanan Merentas Desa SMKAWA

assalamualaikum w.b.t

Pada 29 januari 2014, unit ko-kurikulum SMKA Wataniah telah menganjurkan  satu kejohan Merentas Desa pada peringat sekolah. Seawal 7.30 pagi, para pelajar dan guru berkumpul di dewan Haji Abdul Latif bagi mendengar taklimat dan mengadakan 'warming up' sebelum acara bermula.

Dengan semangat kesukanan yang tinggi, pelajar memulakan larian di depan pintu pagar sekolah dimulai dengan para pelajar perempuan dan seterusnya lelaki. Kegembiraan mereka jelas terpancar di wajah. Gelak tawa pelajar di samping suasana yang meriah menjadi pengikat ukhwah warga SMKAWA.

Johan merentas desa dimenangi oleh rumah kuning, diikuti rumah biru dengan perbezaan 2 mata sahaja, tempat ketiga rumah hijau dan tempat ke empat rumah merah..

Sampai di sini sahaja, assalamualaikum....

INFO SEKOLAH

assalamualaikum w.b.t....
terima kasih kepada sesiapa yang melihat bolg sek men keb agama wataniah ini... saya selaku blogger smkawa berasa berbangga kerana dapat belajar di sekolah yang amat hebat ini.. pada hari ini, saya ingin menyatakan tentang sejarah penubuhan sekolah,dan  perutusan pengetua

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Alor Keladi telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Awang. Beliau telah diputerakan di Kampung Pulau Berangan Bukit Kenak, Besut, Terengganu pada 1915. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik yang masih hidup. Oleh itu, beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Haji.
          Beliau mula belajar agama secara formal daripada Tuan Guru Haji Omar Kampung Raja pada tahun 1349 Hijrah. Selepas itu beliau belajar di Pondok Kuala Besut dan Pondok Haji Abas, Bukit Puteri, Besut. Beliau juga mengikuti pelajaran agama di Pondok Kenali, Kubang Kerian sementara menunggu urusan untuk menyambung pelajaran di Mekah pada tahun 1357 Hijrah. Semasa di Mekah, beliau mendalami bidang Qiraat dan Nahu. Beliau berjaya memperoleh sijil dalam bahagian ini dari Pusat Pengajian Ahmad Hijazi di Mekah pada 1360 Hijrah dan kemudiannya mengikuti pengajian di Masjidil Haram, Mekah.
          Pada akhir tahun 1949 beliau kembali ke Tanah Melayu dan menetap di Kampung Alor Keladi kerana mengikut orang tuanya yang telah berpindah dari Bukit Kenak ke Kampung Alor Keladi.Pada tahun 1950, beliau telah mengasaskan pondok ‘Wataniah" secara gotong-royong. Pada awalnya pondok ini dikenali dengan nama ‘Pondok Pak Su Haji’ . Apabila mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, beliau telah mendapat bantuan daripada beberapa orang tenaga pengajar yang sebahagian besar merupakan anak didik beliau sendiri.
          Pada tahun 1960 beliau telah mendaftarkan sekolah ini sebagai Sekolah Agama Rakyat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pentadbirannya dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Beliau menerima pendaftaran rasmi bertarikah 10 Ogos 1960.Pada tahun 1967, beliau diserang penyakit angin ahmar, tetapi masih terus mengajar walaupun tidak secergas dahulu sehingga tahun 1971. Selepas itu tugas beliau diambil alih oleh beberapa orang anak muridnya. Hal pentadbiran telah diserahkan kepada Ustaz Abdul Latif bin Muhammad.
          Beliau mendirikan rumahtangga sebanyak tiga kali. Kali pertama, beliau bertemu jodoh dengan Puan Ramlah binti Haji Idris. Bersama isterinya yang pertama beliau dikurniakan seorang anak lelaki, tetapi meninggal dunia sewaktu masih kecil lagi. Beliau kemudiannya bertemu jodoh dengan Puan Aminah binti Haji Abdullah tetapi tidak dikurniakan zuriat. Tuan Haji Abdul Latif kemudiannya bertemu jodoh untuk kali ketiga dengan Puan Fatimah binti Jusoh pada tahun 1954.
          Pada 18 Mei 1973 beliau telah meninggal dunia dalam usia 58 tahun. Beliau telah meninggalkan seorang balu dan enam orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan yang bersebelahan dengan pagar sekolah sekarang. Kubur tersebut juga dikenali dengan nama Kubur Pak Su Haji kerana beliaulah yang telah memohon tanah tersebut untuk dijadikan rezab kubur.
          Di samping sebagai pengasas sekolah, beliau juga telah menjadi tempat rujukan hal-hal agama oleh masyarakat kampung khasnya dan daerah luar amnya. Balaisaf yang didirikan di kawasan pondok sering dikunjungi oleh penduduk luar untuk berjemaah dan mendengar kuliah agama. Beliau juga dilantik sebagai Imam Masjid Mukim dan sering dijemput ke mesyuarat dan perbincangan dalam Majlis Fatwa oleh Mufti Kerajaan Terengganu. Beliau telah mewakafkan sebahagian daripada tanahnya untuk tapak bangunan sekolah asal bagi pelajar perempuan yang diamanahkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

PERUTUSAN PENGETUA SEKOLAH






Thursday 20 February 2014

CERITA SEKOLAH


hai semua. okey disini saya nak cerita  serba sedikit tentang sek men keb agama wataniah, besut .... yang pertama nak cerita tentang lambang sekolah, visi dan misi sekolah dan hala tuju sekolah

Lambang dan Bendera Sekolah..



Bendera SMKA Wataniah
  1. Bendera ini mempunyai dua jalur melintang, daripada penjuru bawah kiri ke penjuru atas kanan.
  2. Lencana sekolah berada di penjuru kiri bahagian atas jalur.
  3. Warna hijau melambangkan agama Islam teras kepada amalan pendidikan di sekolah ini.
  4. Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian dan keluhuran.
Lencana SMKA Wataniah
  1. Warna hijau melambangkan agama Islam teras kepada amalan pendidikan di sekolah ini.
  2. Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian dan keluhuran.
  3. Warna kuning melambangkan sistem pemerintahan beraja.
  4. Warna merah dan hitam melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan tanah air.
  5. Bulan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
  6. Obor yang menyala melambangkan sekolah ini sentiasa memberi petunjuk dan bimbingan sebagai penyuluh hidup.
  7. Pen dan buku melambangkan membaca dan menulis adalah asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  8. Segulung ijazah merupakan lambang kejayaan dan kecemerlangan.

Visi dan Misi Sekolah
VISI
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

FALSAFAH
Usaha yang terancang dan terkawal secara berterusan berteraskan Ilmu, Iman dan Taqwa bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan, bersahsiah unggul dan berinovasi ke arah pembinaan ummah terbilang.


Hala Tuju Sekolah
NILAI
Taat kepada Allah dan Rasul 
Berkasih sayang sesama insan dan istiqomah dalam melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab 

MOTO
Al-ilmu Asasul Ula
(Ilmu Asas Ketinggian) 

SLOGAN
SMKAWA A’ala, Gemilang dan Terbilang 

KEBITARAAN 
Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah
Sepak Takraw
Qasidah
Pantun 

okey, sampai disini saya bercerita tentang SMKA Wataniah, esok saya akan bercerita tentang hal ehwal sekolah, sampai di sini sahaja,,
assalamualaikum w.b.t